http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm
(31 Dis 2010)
Banjir Australia semakin buruk
BUNDABERG 31 Dis. - Lebih ramai warga Australia di Rockhampton terpaksa dipindahkan berikutan keadaan banjir yang semakin buruk, yang setakat ini telah menjejaskan 200,000 penduduk di bahagian timur laut negara ini.
Polis memindahkan penduduk dari kawasan tanah rendah itu, yang meliputi kawasan seluas gabungan Perancis dan Jerman itu serta mengenal pasti 4,000 buah rumah yang berisiko dilanda banjir teruk.
"Pihak berkuasa akan mengeluarkan arahan supaya penduduk di kawasan terjejas berpindah," kata Datuk Bandar Rockhampton, Brad Carter kepada agensi berita AAP.
Sementara itu, helikopter tentera jenis Blackhawk digunakan bagi membantu memindahkan penduduk serta menggugurkan bungkusan makanan di Emerald yang mempunyai penduduk seramai 11,000 orang, selepas 80 peratus daripada kawasan itu diselubungi lumpur tebal.
Banjir yang diakibatkan oleh taufan Tasha itu telah menjejaskan operasi beberapa buah ladang ternakan dan lombong di Brisbane. Perdana Menteri Australia, Julia Gillard sempat melawat pusat perlindungan sementara bagi meninjau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di situ. - AFP
.